Lembaga Pengarah tidak puas hati pindah dana 1MDB

Lembaga Pengarah tidak puas hati pindah dana 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada seorang pegawai polis berhubung pemindahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu disuarakan sewaktu kenyataannya dirakam oleh bekas pegawai penyiasat,  Senior Asisten Komisioner R. Rajagopal ketika memberi keterangan selaku saksi pembelaan ke-11 di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Jelas Rajagopal, Mohd. Bakke memaklumkan kepadanya bahawa beliau dan Lembaga Pengarah 1MDB tidak berpuas hati dengan sifat perjanjian usaha sama AS$1 bilion yang ditandatangani antara syarikat itu dan Petrosaudi International Limited (PSI).

Perjanjian yang dibuat pada September 2009 telah mengakibatkan sebanyak AS$700 juta daripada nilai tersebut dipindahkan ke akaun syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, pada 2009 iaitu Good Star Limited.

Rajagopal yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman turut berkata, Lembaga Pengarah tidak berpuas hati bagaimana perjanjian itu yang sepatutnya dimeterai antara 1MDB dan PSI, bagaimanapun perjanjian bertulis ditandatangani dengan entiti yang berpangkalan di Pulau Cayman yang dikaitkan dengan PSI (shell company).

“Oleh itu, apabila saya merekodkan kenyataan Mohd Bakke, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian itu dan ke mana perginya dana AS$700 juta.

“Berdasarkan siasatan AS$700 juta itu kemudian berakhir ke dalam entiti luar pesisir iaitu Good Star Limited, yang  dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low),” katanya.

Pada perbicaraan sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan memberitahu, berkata beliau melaporkan status terkini usahasama itu yang mana 1MDB membayar sahamnya sebanyak AS$1 bilion dalam dua transaksi berbeza.

Mahkamah juga diberitahu sebelum ini diberitahu bahawa tiada seorang pun daripada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mengetahui wang AS$700 juta dipindahkan ke sebuah syarikat yang dimiliki Jho Low.

Perjanjian usaha sama JvCo 1MDB-PSI telah meninggalkan hutang negara berjumlah AS$700 juta yang berpunca daripada pindahan dana berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN