Lelaki tumbuk muka pemandu wanita bebas jaminan polis

Lelaki tumbuk muka pemandu wanita bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEREMBAN: Seorang lelaki yang dipercayai menumbuk seorang pemandu wanita di Persiaran Senawang 4, di sini, malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan kes tersebut ketika ini diambil alih oleh Bukit Aman.

“Ini kerana suspek merupakan seorang penjawat awam. Suspek yang terbabit dalam kejadian pada malam kelmarin sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas selesai diambil keterangan.

“Bagaimanapun, kita kini memohon agar individu yang merakam video sehingga tular berkenaan atau mana-mana video di lokasi kejadian untuk tampil ke mana-mana balai polis atau menghubungi kita untuk membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Hatta, setakat ini empat individu sudah dirakam percakapan mereka antaranya mangsa, adiknya dan suspek serta isteri suspek.

Terdahulu, polis menahan lelaki berkenaan setelah suspek berusia 35 tahun itu hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN