Lelaki melecur kebakaran tujuh rumah teres 

Lelaki melecur kebakaran tujuh rumah teres 

SEBAHAGIAN daripada tujuh buah rumah yang terbakar di Taman Alam Perdana, Binjai, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang lelaki melecur di bahagian tangan manakala tiga buah kereta dan sebuah motosikal penduduk musnah dalam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, Binjai, di sini, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.55 pagi sebelum 25 anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, api sedang marak di bahagian depan dan parkir beberapa buah rumah teres itu. Anggota mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengawal kebakaran dari merebak. 

“Seorang lelaki berusia 53 tahun dibawa ke Hospital Kemaman  dengan  ambulans EMRS (Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan) selepas melecur di kedua-dua bahagian tangan ketika kejadian,” katanya ketika di lokasi kejadian. 

Mohamad Hanif berkata, lima daripada tujuh buah rumah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala sebuah rumah terbakar kira-kira 85 peratus. 

“Dua buah rumah lagi hanya mengalami kerosakan kecil dan Alhamdulillah kita berjaya mengawal api dari terus merebak ke beberapa buah rumah lain.  Setakat ini  punca sebenar kejadian dan kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN