Lelaki ada 14 rekod jenayah ditembak mati

Lelaki ada 14 rekod jenayah ditembak mati

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kejadian berlaku semasa sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas D9 Kontinjen Johor sedang menjalankan rondaan telah mengesan sebuah motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. 

Katanya, pasukan serbuan telah mengekori dan berjaya menahan motosikal tersebut di kawasan berhampiran pada pukul 3.10 pagi.

“Semasa pihak polis hendak membuat pemeriksaan, tiba-tiba penunggang motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaiki pasukan serbuan menyebabkan pihak polis berbalas tembakan untuk mempertahankan diri sehingga keadaan selamat.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan telah terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di atas jalan berhampiran dengan suspek serta empat butir peluru hidup dan dua kelongsong peluru di lokasi sama.

Menurutnya, semakan rekod polis mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah dan dadah termasuk satu rekod bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, satu rekod bawah Akta Senjata 1960 dan satu rekod masih dikehendaki.

“Siasatan dijalankan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan Seksyen 3 Aktar Senjata Api (Penalti Lebih Berat) iaitu melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan kesalahan berjadual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN