Laksanakan caj kesesakan secara berperingkat

Laksanakan caj kesesakan secara berperingkat

KEADAAN kesesakan trafik ibu kota setiap hari waktu bekerja. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Caj kesesakan yang akan dilaksanakan perlu dilakukan secara berperingkat bagi memastikan ia selaras dengan peningkatan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Pemerhati pengangkutan awam Transit Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, langkah itu juga adalah bagi memastikan ketelusan dan cara untuk mendapat sokongan awam yang berterusan.

“Kami memahami kebimbangan orang ramai yang menyatakan keperluan untuk menaik taraf infrastruktur pengangkutan awam di Kuala Lumpur sebelum melaksanakan caj kesesakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi, kami berpendapat bahawa pelaksanaan caj kesesakan boleh dijalankan peringkat sejajar usaha untuk menaiktaraf pengangkutan awam.

“Sebagai contoh, pelaksanaan caj kesesakan di Singapura, London, Stockholm, Paris dan New York, menunjukkan keberkesanan dalam pembangunan rangkaian pengangkutan awam dan infrastruktur first-last mile (perjalanan sebelum dan selepas menggunakan pengangkutan awam),” katanya semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, mekanisme caj kesesakan di Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan kesibukan jalan raya sekitar 20 peratus di samping mampu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan warga kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini