Ketengah sasar untung RM100 juta setahun

Ketengah sasar untung RM100 juta setahun

AHMAD Said (duduk, tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada petugas media dalam majlis berbuka puasa di Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui anak syarikatnya, Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak RM100 juta setahun menjelang 2028

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sasaran itu realistik untuk dicapai dengan beberapa strategi perniagaan baharu terutama dalam bidang ternakan dan pertanian.

Beliau berkata, ketika ini keuntungan yang diperoleh Ketengah adalah sebanyak RM55 juta melalui aktiviti perniagaan 13 anak syarikatnya.

“Antara projek yang dijangka menyumbang kepada peningkatan keuntungan KHSB ialah tanaman kelapa seluas 160 hektar di Cheneh, Kemaman. Selain itu kita juga sedang berunding dengan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang untuk mendapatkan tanah sesuai bagi penanaman kelapa yang dijalankan sama ada secara usaha sama (JV) atau pajakan.

“Selain kelapa sawit yang menjadi sumber utama keuntungan KHSB, tanaman kelapa juga mempunyai potensi untuk menjana sumber pendapatan lebih baik memandangkan permintaannya yang tinggi di pasaran ketika ini,” katanya selepas  majlis berbuka puasa Ketengah bersama media, di sini malam tadi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN