Kerepek Ros laris, permintaan Aidilfitri cecah 15 tan

Kerepek Ros laris, permintaan Aidilfitri cecah 15 tan

ABDUL Razak Khasbullah bersama Mohd. Fauzi Roslan memeriksa kerepek ubi kayu dekat Pusat Pengedaran Ros Kerepek, di Kuala Langat, Selangor. – UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tanda hari raya semakin dekat ialah apabila permintaan Kerepek Ros se­perti kerepek ubi kayu dan pisang tanduk naik luar biasa sehingga 15 tan metrik berbanding kebiasaan sekitar tujuh tan.

Pengurus Syarikat Ros Kerepek, Mohd. Fauzi Roslan berkata, permintaan kali ini ketara menyebabkan bekalan bahan mentah terutama ubi kayu dan pisang tanduk, tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada musim perayaan.

“Bagaimanapun, untuk memastikan pengeluaran bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak tergendala, syarikat be­kerjasama dengan pengusaha ladang dan pembekal tempatan yang sudah pun dilakukan sejak sedekad.

“Buat masa ini kita bekerjasama dengan peladang-peladang di Sungai Kelambu dan kawasan sekitar yang menanam pisang dan ubi kayu melibatkan hampir 200 hektar keluasan kawasan ladang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, Mohd. Fauzi, 36, menerima lawatan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat diwakili oleh Pengeru­sinya, Dr. Abdul Razak Khasbullah dekat Pusat Pengedaran Ros Kerepek di Kampung Kanchong Darat, di sini.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu, PPK Kuala Langat komited untuk membantu peladang dan usahawan industri asas tani memasarkan produk terma­suk kerepek yang diusahakan oleh Syarikat Ros Kerepek.

“Perusahaan sedemikian mam­­­pu menaikkan nama daerah tersebut sebagai pusat pemasaran kerepek nasional.

“Justeru, kami komited membantu ahli PPK Kuala Langat de­ngan menjadi orang tengah, untuk bekerjasama dengan pemilik tanah yang berminat untuk be­kerjasama dalam mewujudkan ladang kontrak bagi bekalan bahan mentah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN