Kastam rampas tembakau kunyah bernilai RM1 juta

Kastam rampas tembakau kunyah bernilai RM1 juta di Pelabuhan Klang

JKDM menumpaskan satu sindiket penyeludupan tembakau kunyah selepas menahan sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, awal bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan tembakau kunyah selepas menahan sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, awal bulan ini.

Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Muhammad Ilyas Queek Abdullah berkata, secara keseluruhannya jumlah nilai sitaan termasuk duti atau cukai dianggarkan bernilai RM997,632.19.

Menurutnya, kira-kira pukul 11.45 pagi pada 1 Mac lalu, sepasukan anggota dari Unit Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan menyita sebuah kontena di Pelabuhan Barat kerana disyaki membuat pengikraran tidak benar dalam dokumen manifes. 

“Pemeriksaan ke atas muatan dalam kontena tersebut dilakukan di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan, Negeri Sembilan.

“Hasil pemeriksaan rapi dijalankan, pasukan menjumpai sejumlah 72 kotak atau 174.89 kilogram (kg) tembakau dan 318 kotak atau 2,862kg ‘pan masala tembakau kunyah’, di mana ia disyaki sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Muhammad Ilyas menegaskan, tembakau kunyah merupakan barang larangan import yang mana pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 66 Bahagian I Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. 

Menurutnya, kesemua barang kes bersama kontena disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut, selain disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) akta sama.

“Susulan kes ini, seorang suspek iaitu lelaki warganegara tempatan berusia 40-an telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN