Kanak-kanak maut tercampak,pemandu lori positif dadah

Kanak-kanak maut tercampak, pemandu lori positif dadah

KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa bersama keluarganya yang dirempuh lori di Jalan Pantai, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan bahawa pemandu lori yang merempuh kereta dinaiki sebuah keluarga warga Singapura sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak tujuh tahun, positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam kejadian pukul 10.34 malam kelmarin di Jalan Pantai menuju ke Permas Jaya di sini, kanak-kanak lelaki itu dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada pukul 3 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, nahas berlaku apabila kenderaan dinaiki si mati bersama tiga ahli keluarga dan seorang pembantu rumah warga Indonesia dirempuh sebuah lori yang terbabas lalu memasuki lorong bertentangan.

Jelasnya, ibu, bapa dan adik si mati berusia dua tahun serta pembantu rumah mengalami kecederaan.

“Ujian saringan air ken­cing terhadap pemandu lori terlibat mendapati, dia positif methamphetamine,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya