GEORGE TOWN: Siapa sangka pada usia emas, Nariah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Kakcikyah kini menjadi salah seorang daripada pempengaruh yang mempunyai ratusan ribu pengikut di aplikasi TikTok. Turut dikenali sebagai ‘nenek online’ dalam kalangan pengguna dalam talian, celoteh Kakcikyah yang bersahaja menarik minat orang ramai termasuk golongan muda untuk mengikuti akaun TikTok wanita ini. Bermula dengan hobi merakam video masakannya sendiri, Nariah, 74, yang juga pernah digelar Makcik Karipap…










