Kain rentang ‘Salam Ramadan’ ADUN Telemong hilang

Kain rentang ‘Salam Ramadan’ ADUN Telemong hilang

KAIN rentang ucapan ‘Salam Ramadan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong yang digantung di simpang tiga Kampung Gaung, disedari hilang pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kain rentang ucapan ‘Salam Ramadan’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Mohd. Zawawi Ismail dan isterinya yang digantung di simpang tiga Kampung Gaung, di sini, disedari hilang hari ini.

Mohd. Zawawi berkata, beliau mendapat laporan ada pihak tidak senang hati dengan kain rentang  yang dipasang kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di lokasi tersebut.

“Budaya ini perlu dihentikan segera. Mohon orang ramai untuk laporkan kepada saya sekiranya ada pihak yang ternampak individu-individu  tidak bertanggungjawab ini. Ini bukan perkara remeh bagi kami memandangkan peruntukan yang sangat terhad,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut juga dimuat naik dua keping gambar iaitu  bertarikh 1 Mac dipercayai  selepas selesai kain rentang tersebut dipasang dan bertarikh 8 Mac iaitu setelah tdisedari hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN