PETALING JAYA: Perkahwinan bawah umur sering dikaitkan dengan kadar perceraian yang tinggi berpunca daripada ketidaksediaan pasangan muda menggalas tanggungjawab, sekali gus menjadi faktor memerangkap ramai wanita muda dalam kitaran kemiskinan. Pakar Sains Pembangunan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan berkata, kebanyakan wanita yang berkahwin terlalu awal tidak sempat menamatkan pendidikan menyebabkan mereka sukar memperoleh pekerjaan yang stabil.…