Jumpa beg berisi peluru: Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari

Jumpa beg berisi peluru: Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari

SEORANG pekerja penyelenggaraan diiringi oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman berhubung kes penemuan sebuah beg berisi peluru di tempat pembuangan sampah di Bukit Jambul, Pulau Pinang, kelmarin. -UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang pekerja penyelenggaraan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan beg berisi peluru hidup dan peluru kosong di kawasan tempat pembuangan sampah di Bukit Jambul di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dibuat hari ini di Mahkamah Majistret di sini.

“Suspek akan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, sebuah beg mengandungi sejumlah peluru hidup dan kosong jenis kaliber 22 dijumpai di kawasan tempat pembuangan sampah di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul.

Polis kemudian menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. Difahamkan, terdapat lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong dalam beg tersebut selepas diperiksa.

Ketika disoal siasat selepas ditahan, suspek mengaku meletakkan beg berisi peluru di lokasi berkenaan bagi tujuan pelupusan sebelum menghubungi pihak polis bagi melaporkan penemuan tersebut.

Katanya, peluru berkenaan dijumpai ketika dia sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN