Jual air balang, TMJ terima mengadap Gopi

Jual air balang, TMJ terima mengadap Gopi

MOHAMMAD Gopi Rizqi bersama Tunku Mahkota Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi, 36.

Mohammad Gopi mencuri tumpuan sebelum ini kerana menjual air balang sempena Ramadan di Kampung Api-api, Pontian selepas berdepan tunggakan gaji sejak lapan bulan dengan sebuah pasukan di ibu negara. 

Sebelum ini, Mohammad Gopi yang berasal dari Kuantan, Pahang pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010 hingga 2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (2019) dan Pahang (2020).

Gambar pertemuan itu dimuat naik di laman sosial Instagram, hrhcrownprinceofjohor dan Facebook, Gopi.

“Ampun tuanku. Semoga Allah merahmati dan memberkati tuanku,” tulis Mohammad Gopi di Facebooknya.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen, majoriti warganet memuji Tunku Mahkota Ismail yang mengambil berat akan nasib bekas pemain.

Selain itu, ramai yang mendoakan semoga ada khabar gembira buat Mohammad Gopi selepas pertemuan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN