Jangan ambil jalan pintas siapkan projek 

Jangan ambil jalan pintas siapkan projek 

ALEXANDER Nanta Linggi ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek di sini, hari ini. - FACEBOOK ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua kontraktor di bawah Kementerian Kerja Raya diingatkan untuk mengambil iktibar daripada peristiwa kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar adik-beradik di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setiap kontraktor pembinaan diminta untuk tidak mengambil pendekatan jalan pintas sehingga menjejaskan kualiti jalan dan jambatan dalam menyiapkan projek.

“Kontraktor bukan hanya membina jalan dan jambatan tetapi membina kehidupan dan masa depan negara.

“Kegagalan kita mengikut spesifikasi dan standard atau cut-corners boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa sekaligus menjejas imej negara,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek di sini, hari ini.

Tambah Alexander, cabaran terbesar dalam industri pembinaan adalah projek sakit yang bukan sahaja menyebabkan peningkatan kos tetapi melambatkan manfaat kepada rakyat.

“Oleh itu, KKR telah menetapkan dua sasaran utama untuk memastikan pelaksanaan projek lebih cekap dan berkesan iaitu memastikan Zero Sick Projects, di mana tiada lagi projek tertangguh atau bermasalah yang boleh menyebabkan pembaziran sumber.

“Selain itu kita juga melaksanakan projek Ahead of Time (AOT) agar siap lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Ini bukan sekadar usaha mengelakkan kelewatan tetapi juga langkah mengoptimumkan masa dan kos,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN