Imperial Lexis Kuala Lumpur tawar ‘Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis’ - Utusan Malaysia

Imperial Lexis Kuala Lumpur tawar ‘Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis’

IMPERIAL Lexis Kuala Lumpur menawarkan bufet Ramadan yang pelbagai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena Ramadan, Imperial Lexis Kuala Lumpur tampil dengan Bufet Istimewa Cita Rasa Lexis di Roselle Coffee House yang menggabungkan warisan tradisi Malaysia dan hidangan antarabangsa bermula 3 hingga 26 Mac 2025.

Bufet ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang lazat melalui warisan Malaysia yang kaya dan resipi yang dihormati sejak sekian lama.

MANDY CHEW

Presiden, Lexis Hotel Group, Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, bufet tersebut disusun dengan teliti untuk mempamerkan pelbagai pilihan hidangan kegemaran Malaysia bersama hidangan antarabangsa.

“Bufet kali ini menawarkan pilihan stesen kulinari yang mengagumkan termasuk, bahagian makanan laut segar seperti udang harimau, udang baby, kerang dari New Zealand disertakan dengan pelbagai sos yang menyegarkan.

“Kami turut menyajikan pilihan menarik ‘maki rolls’, nigiri sushi dan salad. Hidangan pembuka selera dengan salad seperti gado gado, tempeh goreng dan pelbagai jenis kerabu dan gerai panggang arang yang pedas hingga stesen tempura serta stesen daging kambing panggang terdapat pelbagai pilihan yang menggoda selera, “ katanya dalam kenyataan.

Selain itu, terdapat pelbagai rasa klasik dan kontemporari dengan hidangan istimewa termasuk roti john, Nasi Biryani, ketam cili Singapura, ikan tiga rasa, rendang daging, bubur lambuk, itik panggang dan banyak lagi.

“Kami turut menawarkan pelbagai manisan, aiskrim dan minuman di bufet Ramadan kami,” katanya.

Bufet mewah ini berharga RM199 untuk dewasa dan RM120 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (7 hingga 12 tahun).

Tetamu yang membeli baucar bufet mereka sebelum 28 Februari 2025 boleh menikmati tawaran awal eksklusif pada harga RM169 nett untuk dewasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN