Hasil harumanis merosot 30 peratus, harga kekal RM40 sekilogram

Hasil harumanis merosot 30 peratus, harga kekal RM40 sekilogram

PENGELUARAN harumanis musim ini bermula April depan dijangka merosot sehingga 30 peratus disebabkan faktor hujan sejak kebelakangan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pengeluaran buah harumanis bagi musim yang bermula April depan dijangka merosot sebanyak 30 peratus disebabkan faktor cuaca iaitu hujan yang melanda sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Hafizuddin Othman berkata keadaan cuaca diharap akan kembali panas selepas ini bagi membolehkan tanaman mengeluarkan bunga peringkat kedua dan ketiga yang dapat membantu bagi kelekatan putik.

“Pada peringkat awal, lebih 70 peratus tanaman harumanis di sekitar negeri ini berbunga, namun disebabkan hujan beberapa hari lepas, bunga tersebut tidak dapat menghasilkan putik yang lekat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tahun lalu, Perlis menca­tatkan pengeluaran sebanyak 2,248 tan metrik buah harumanis dan tahun ini dianggarkan mencecah 3,000 tan metrik, namun, disebabkan oleh cuaca tidak menentu, hasil tahun ini mungkin mengalami pengurangan sehingga 30 peratus.

“Kami berharap agar pengeluaran tahun ini dapat mencapai sekurang-kurangnya jumlah sama seperti tahun lalu,” katanya.

Hafizuddin berkata, dianggarkan lebih 10 peratus pengusaha harumanis di negeri ini mula membuat persiapan untuk membalut buah berkenaan bagi mengelakkan kerosakan akibat hujan berterusan.

“Biarpun cuaca menjadi cabaran, kami tidak menerima rungutan daripada pengusaha, kecuali isu berkaitan cuaca, yang mana harga harumanis bagi gred premium dijangka kekal pada kadar RM40 sekilogram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya