Guna dalil agama tolak cadangan PM dua penggal tidak tepat

Guna dalil agama tolak cadangan PM dua penggal tidak tepat

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggunakan dalil agama bagi menolak cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun adalah kurang tepat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, berkata hujah Abdul Hadi lebih menjurus kepada konsep kepimpinan dalam Islam dan terdapat cara lain yang lebih sesuai untuk membantah cadangan itu tanpa menggunakan dalil agama.

“Memang betul usia bukan faktor utama, tetapi untuk menjadi pemimpin, bukan usia sahaja yang penting. Pengetahuan, kecerdasan berfikir, dan strategi juga perlu ada.

“Sebab itu, menggunakan hujah agama semata-mata tidak cukup untuk melayakkan seseorang menjadi pemimpin,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menolak cadangan DAP untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, dengan alasan ia membelakangi ketetapan Allah SWT.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mencadangkan agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum lalu.

Fathul Bari menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dibincangkan di Parlimen, bukan dengan menuduh pihak yang menolak cadangan ini sebagai membelakangi Islam.

Secara peribadi, beliau berpandangan tiada keperluan mengehadkan tempoh Perdana Menteri, selagi pemimpin masih mampu mentadbir dengan baik.

“Kalau sudah tidak berkemampuan, maka berhentilah. Itu lebih adil untuk rakyat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN