KANGAR: Meskipun baru berusia 18 tahun, Chavalin Prichacon Somphon, seorang gadis berbangsa Siam dari Utan Aji di sini tidak kekok menganyam ketupat palas yang menjadi hidangan tradisi di Aidilfitri. Chavalin yang mempelajari seni menganyam ketupat daripada neneknya sejak kecil itu juga selalu menyediakan juadah berkenaan khususnya pada musim perayaan bagi meraikan pelbagai kaum di negara ini. Menarik, remaja itu juga merupakan satu-satunya bukan Melayu yang memenangi pertandingan menganyam ketupat dalam…