FAMA bawa masuk 60 tan kelapa ke Terengganu - Utusan Malaysia

FAMA bawa masuk 60 tan kelapa ke Terengganu

MUHAMAD Fadlee Hassan (kiri) menunjukkan bekalan kelapa tua yang tiba di pusat operasi FAMA dekat Chendering, Terengganu hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyediakan sebanyak 60 tan metrik kelapa melalui program intervensi bagi menampung keperluan penduduk sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini.

Pengarahnya,, Muhamad Fadlee Hassan berkata, untuk minggu pertama Ramadan, sebanyak 10 tan metrik kelapa telah diimport dari Indonesia.

“Bagi tempoh dua minggu sebelum Aidilfitri, kita jangka permintaan meningkat  sehingga 20 tan metrik seminggu. Jadi kita akan bawa masuk keseluruhan 60 tan metrik kelapa tua untuk menampung permintaan,” katanya selepas meninjau proses penerimaan bekalan kelapa di pusat operasi FAMA dekat Chendering di sini, hari ini.

Bekalan kelapa yang diterima adalah dari negara Indonesia melalui anak syarikat FAMA iaitu FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACORP).

Menurut beliau, bekalan kelapa yang diterima dihantar ke Pusat Operasi FAMA di Kuala Terengganu dan di Besut sebelum diedarkan ke outlet-outlet pemasaran yang lain iaitu Agrobazaar Kedai rakyat (AKR) dan Agrobazaar Rakyat (ABR).

“FAMA Negeri Terengganu juga menerima tempahan daripada pemborong dan juga peniaga santan bagi pembelian kelapa tua,” katanya.

Ketika ini, kelapa dijual dengan harga RM3 untuk satu kilogram dan harga berubah mengikut harga semasa pasaran.

Beliau berkata, kenaikan harga kelapa di pasaran Malaysia meningkat disebabkan  kemerosotan bekalan disebabkan perubahan iklim serta peningkatan permintaan yang menyebabkan harga kelapa import turut meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya