KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 5.0 peratus serta bonus dividen 0.25 peratus bagi tahun kewangan 2024 dengan jumlah agihan bernilai RM514.20 juta. Jumlah itu meningkat berbanding RM485.08 juta yang dibayar pada tahun 2023, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, agihan itu turut memberi manfaat kepada 125,014 pencarum, yang terdiri daripada anggota…











