Di bulan Ramadan, saya berkata benar - Che Lodin

Di bulan Ramadan, saya berkata benar – Che Lodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Insya-Allah, saya berkata benar dan tiada apa yang tidak benar di bulan Ramadan.”

Itu keterangan oleh bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari 2009 hingga 2016, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin sebelum dilepaskan daripada kandang saksi selaku saksi pembelaan ke-12.

Che Lodin berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, bekas pengerusi itu menjelaskan keadaan sebenar sepanjang beliau memegang jawatan itu di 1MDB selepas menggantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh yang meletakkan jawatan pada 2009.

Ujarnya, sepanjang tempoh tersebut, tiada kaedah pengurusan top down approach yang diamalkan dalam syarikat ber­kenaan bagi mengarahkan Lembaga Pengarah untuk akur dengan kehendak Najib.

“Sebagai contoh, dalam pengambilalihan syarikat pembekal tenaga, Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd., idea itu dicetuskan oleh juruperunding sebelum diluluskan oleh pemegang saham (Najib),” katanya.

Sementara itu, saksi pem­belaan ke-11, bekas pegawai polis, Senior Asisten Komisioner (SAC), R. Rajagopal yang dipanggil bagi menyambung semula keterangan memberitahu, siasatan terhadap Najib bermula selepas bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan berhubung skandal penyelewengan itu.

Pada 2015, Khairuddin telah membuat dua laporan polis berkaitan 1MDB dan menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan de­ngan skandal tersebut kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×