Bekas pemimpin politik dipenjara enam tahun

Bekas pemimpin politik dipenjara enam tahun

OOI Khar Giap atau Patrick Ooi sempat melambai kepada media ketika tiba di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang, semalam.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Bekas Penge­rusi Penang Front Party (PFP), Datuk Ooi Khar Giap dihukum penjara  enam tahun oleh Mah­kamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah mem­perdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi kerja mem­babitkan seorang mangsa warga tempatan pada 2022.

Khar Giap, 57, yang juga pengarah sebuah syarikat sebelum ini berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hakim Mazdi Abdul Hamid ketika menjatuhkan hukuman tersebut iaitu bagi setiap kesalahan berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan beliau menetapkan agar hukuman penjara dijalankan serentak mulai serta-merta terhadap tertuduh

Mengikut pertuduhan pertama, Khar Giap didakwa telah mem­perdagangkan Law Yih Yng, 36, seorang warga tempatan yang bukan kanak-kanak de­ngan cara penyalahgunaan kuasa bagi tujuan eksploitasi bu­ruh paksa antara bulan Jun hing­ga 3 Julai 2022 di Happy Food Court, No. 12A, 16, 18, Ja­lan Star Avenue, Pusat Pernia­gaan Star Avenue, Simpang Ampat.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memperdagangkan individu sama di alamat bernombor 60, 62, 64, 66, 68 serta 68A, Jalan Kedah di Daerah Timur Laut antara 7 Julai 2022 hingga 29 Oktober 2022.

Peguam tertuduh, Eng Yuh Pei dalam rayuannya berkata, pihaknya memohon hukuman ri­ngan atas alasan tiada unsur ke­kerasan atau kecederaan ber­­la­ku kepada mangsa dan ju­ga memohon penangguhan hukuman.

Mazdi membenarkan hukuman penjara ditangguhkan dengan beberapa syarat termasuk mahu notis rayuan itu difailkan segera selain membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 bagi setiap kes dengan dua penjamin. 

Beliau mengarahkan tertuduh melapor diri setiap awal bulan di balai polis serta menyerahkan pasportnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN