Bekas pekerja restoran dituduh sokong pengganas

Bekas pekerja restoran dituduh sokong pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, tahun lalu. 

Tertuduh, Muhammad Muzzammil Mohd. Mohlis, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

Tertuduh sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Muzzammil didakwa memberi sokongan kepada Daesh dengan menggunakan aplikasi media sosial, Facebook atas nama Ibn Nuhas dan Telegram atas nama Wilayah Maliziyah di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 31 Mei 2014 jam 4.50 petang.

Bagi pertuduhan kedua, pada masa, tempat dan tarikh sama, tertuduh didakwa memiliki artikel-artikel dan video berkaitan Daesh.

Kedua-dua pertuduhan  dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan jika sabit kesalahan.

Muhammad Muzzammil juga didakwa menjadi ahli kumpulan Daesh dengan cara melakukan upacara bai’ah dengan pemimpin Daesh, Abu Hafs AL Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu pada pukul 10.08 pagi, Mei tahun lepas di sebuah pangsapuri di Jalan Cheras.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(2)(d) Kanun Keseksaan, yang berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 40 tahun atau denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan.

Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan 30 April untuk sebutan kes seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN