'Baiki segera jalan utama kampung kami yang runtuh’

‘Baiki segera jalan utama kampung kami yang runtuh’

KEADAAN laluan utama di Kampung Orang Asli Felcra Sungai Layau, Kota Tinggi yang runtuh akibat hujan lebat minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Penduduk Kampung Orang Asli Felcra Sungai Layau, di sini berharap jalan utama di kampung itu yang runtuh baru-baru ini dapat dibaiki sebelum ketibaan 1 Syawal.

Tok Batin kampung berkenaan, Ramli Nekmat berkata, ini kerana ada dalam kalangan anak perantau yang sudah memaklumkan tidak akan balik ke kampung sempena Aidilfitri jika laluan itu masih tidak boleh dilalui. 

“Anak-anak sudah mula bertanya, kalau tidak dibaiki dan tidak boleh lalu memang mereka tidak boleh balik raya

“Ibu-ibu paling sedih, jadi kami harap laluan utama ke kampung ini yang runtuh akibat hujan lebat baru-baru ini dapat dibaiki segera. 

“Penduduk juga terkandas selama tiga hari kerana kenderaan ringan tidak boleh melepasi laluan alternatif yang turut dinaiki air banjir,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jalan utama yang runtuh itu amat penting kerana ia tidak dinaiki air banjir kecuali berlaku hujan lebat dan air pasang besar serentak.

“Seperti baru-baru ini tiga hari kenderaan ringan tidak boleh lalu jalan alternatif. Ada kenderaan ringan yang cuba lalu tapi sangkut manakala penunggang motosikal pula ada yang terjatuh ketika melalui jalan itu.

“Mujur di kampung ada seorang peniaga kedai runcit yang mempunyai kenderaan berat. Jadi, hanya dia yang boleh keluar dan membawa bekalan bahan mentah ke dalam kampung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN