Adab datang ke rumah ketika hari raya
Soalan
Salam ustaz, mohon penjelasan sedikir mengenai adab semasa menziarahi saudara mara atau sahabat semasa berhari raya. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan?
Kassim Ammar
Serdang
JAWAPAN
Antara adab-adab berkunjung ke rumah saudara mara atau sahabat semasa hari raya adalah seperti datang pada waktu yang sesuai, tidak duduk begitu lama melainkan tuan rumah mengizinkannya. Ketika makan pula, makanlah dalam keadaan sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Fadilat zakat fitrah
Soalan
Apa fadilat membayar zakat fitrah?
Ammar
Ingin tahu
JAWAPAN
Fadilat membayar zakat fitrah adalah dapat menyempurnakan kekurangan di dalam puasa. Daripada aspek kemanusiaan, ia memberikan rasa kegembiraan kepada golongan miskin dengan mereka mendapat sedikit bantuan melalui zakat fitrah.
Hukum lelaki solat tidak menutup kepala
Soalan
Adakah benar, makruh bagi seseorang lelaki yang tidak menutup kepala semasa solat?
Bunyamin
Alor Setar
JAWAPAN
Memang disunat solat memakai pakaian lengkap, berserban seperti oleh para ulama ketika bersolat.
Sekiranya seseorang itu meninggalkan serban atau kopiah maka ia hanya meninggalkan yang afdal atau dinamakan khilaf aula.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]