Malaysia kekal tumpuan pelaburan sektor O&G

Malaysia kekal tumpuan pelaburan sektor O&G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dijangka terus menjadi kawasan utama untuk pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G), khususnya dalam aktiviti huluan, projek nyah karbon dan peralihan tenaga, menurut BMI Country Risk and Industry Research (BMI), sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions Group.

BMI menjangkakan sektor huluan di Asia kekal kukuh, mendorong peningkatan perbelanjaan modal (capex) untuk aktiviti penerokaan dan pengeluaran walaupun dalam persekitaran harga O&G yang lebih rendah.

“Petronas Carigali Sdn. Bhd. dijangka mengekalkan capex stabil sekitar RM50 bilion untuk tahun 2025, bagi menyokong pelaburan dalam projek greenfield dan brownfield dari 2025 hingga 2027,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam segmen huluan, Petronas merancang untuk meningkatkan aktiviti penggerudian telaga pembangunan daripada 56 telaga pada 2024 kepada 73 telaga pada 2025. 

Pada 2024, Petronas telah menandatangani 14 kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dengan syarikat tempatan dan asing serta memegang kepentingan ekuiti dalam beberapa PSC.

BMI juga menyatakan keperluan modal untuk projek luar negara akan meningkat susulan perolehan blok penerokaan baru di Suriname serta perjanjian aset huluan di Angola, Indonesia, Brazil, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Pada Ogos 2024, Petronas menandatangani perjanjian bersama ADNOC dan syarikat UK, Storegga, bagi meneroka peluang pembinaan kemudahan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Lembangan Penyu, Semenanjung Malaysia. 

Projek ini menyasarkan penyimpanan lima juta tan karbon dioksida setahun menjelang 2030.

Dalam jangka panjang, Petronas perlu memperuntukkan capex yang lebih tinggi untuk pembangunan projek LNG Masela di Indonesia, di mana Petronas memiliki pegangan ekuiti sebanyak 15 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN