PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan merekodkan seramai 133, 921 rang murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di negara ini setakat 31 Januari lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 2,066 pelajar MBPK menerima pendidikan di peringkat prasekolah dan 79,057 pelajar MBPK menuntut di peringkat sekolah rendah .
Katanya, seramai 52,798 pelajar bagi kategori berkenaan berada di peringkat menengah.
“Bagi kategori ketidakupayaan penglihatan, seramai 34 MBPK berada pada peringkat prasekolah; 1,165 (peringkat rendah) dan 1,479 pelajar kategori ini menuntut peringkat menengah.
“Jumlah MBPK kategori ketidakupayaan pendengaran pula terdiri daripada 105 (prasekolah) 1,858 (sekolah rendah) dan 1,935 (peringkat menengah),” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda yang meminta dinyatakan jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kategori orang kurang upaya (OKU).
Dalam pada itu, Fadhlina berkata, seramai 100 pelajar ketidakupayaan fizikal berada peringkat prasekolah, 3,451 pelajar berada pada peringkat rendah dan 3,561 pelajar ketidakupayaan fizikal berada pada peringkat menengah.
“Bagi pelajar ketidakupayaan pertuturan, terdapat seramai 33 berada pada peringkat prasekolah, 613 pelajar pada peringkat rendah dan 424 pelajar berada pada peringkat menengah.
“Selain itu, bagi kategori masalah pembelajaran, seramai 1,711 berada pada peringkat prasekolah, 69,391 pada peringkat rendah dan 43,562 berada pada peringkat menengah.
“Bagi pelajar ketidakupayaan pelbagai pula, seramai 83 orang berada pada peringkat prasekolah, 2,579 pelajar berada pada peringkat rendah dan 1,837 pelajar berada pada peringkat menengah,” jelasnya. – UTUSAN