TriumphFX: 72 laporan polis dengan pelaburan RM23.7 juta sejak 2024

TriumphFX: 72 laporan polis dengan pelaburan RM23.7 juta sejak 2024

RAMLI Mohamed Yoosuf
RAMLI Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 72 laporan polis membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM23.7 juta diterima berkaitan penipuan pelaburan TriumphFX sepanjang tahun lalu hingga 24 Februari lalu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan pelaburan itu ditawarkan secara bersemuka dan atas talian iaitu Zoom dengan jumlah pelaburan mencecah RM23.7 juta sejak September 2019.

Katanya, skim pelaburan tersebut menjanjikan pulangan bulanan antara empat hingga tujuh peratus. 

“Sejumlah 10 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu melibatkan nilai kerugian berjumlah RM2.04 juta.

“Kesemua 10 kertas siasatan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Bagaimanapun, menurutnya, pihak polis mengesan satu lagi pelaburan mata wang asing (Forex) yang menggunakan TriumphFX klon.

Jelasnya , pelaburan ini ditawarkan secara dalam talian melalui Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram yang menjanjikan keuntungan seawal tiga jam. 

“Sepanjang 2024 sehingga tahun ini, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka ke atas skim pelaburan TriumphFX klon melibatkan jumlah kerugian RM243,376.90.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes tersebut,” katanya. 

Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, sebuah firma pelaburan didalangi warga tempatan dipercayai menipu kira-kira 77 mangsa dengan nilai kerugian mencecah RM48 juta dengan menggunakan kira-kira 30 syarikat proksi. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya