ALOR SETAR: Para pesawah diminta menukar pemikiran daripada terlalu ‘mengejar’ harga belian padi yang tinggi kepada usaha meningkatkan hasil yang lebih banyak sebagai langkah menambah pendapatan. Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, ketika ini kebanyakan petani hanya dapat menghasilkan kira-kira empat tan padi sehektar. “Ada pula cuma hasilkan dua tan padi saja sebab mereka kejar harga. Apabila kilang beli harga RM1,800, mereka kata tidak buat sungguh-sungguh pun…