Rampasan dadah meningkat 25 kali ganda di Terengganu

Rampasan dadah meningkat 25 kali ganda di Terengganu

MOHD. Khairi Khairudin (kanan) beramah mesra bersama anggota selepas Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Februari 2025 di Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu merampas dadah bernilai RM76.42 juta pada tahun lalu, iaitu meningkat hampir 25 kali ganda berbanding RM3.1 juta pada 2023.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Kharuddin berkata, kadar tangkapan juga meningkat daripada 10,327 orang pada 2023 kepada 11,893 orang tahun lepas.

Katanya, peningkatan tersebut hasil penubuhan pasukan petugas khas dan tindakan penguatkuasaan lebih agresif untuk membanteras aktiviti penagihan dadah.

“Selain itu, polis menahan seramai 56 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Sebahagian besar rampasan melibatkan dadah jenis syabu dan pil yaba yang mudah diperoleh pada harga murah,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Sementara itu Mohd. Khairi menasihatkan orang ramai dan pengusaha kedai pajak gadai supaya berwaspada sekiranya didatangi individu yang mencurigakan untuk menjual barangan kemas.

Katanya, sebaliknya mereka harus melaporkan kepada pihak polis agar tidak terjerat membeli barangan curi.

“Polis tidak berkrompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada  mana-mana individu yang dikesan membeli barangan daripada sumber yang tidak pasti,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya