GEORGE TOWN : Seramai 40 gelandangan termasuk 10 warga asing berjaya diselamatkan dalam satu operasi bersepadu selama tiga jam di sekitar bandar raya ini, bermula tengah malam tadi. Selain gelandangan warga asing, 10 daripada mereka dikenal pasti sebagai pesakit kronik termasuk tiga pesakit yang mempunyai masalah mental, dua tidak memiliki dokumen pengenalan diri, seorang berstatus penduduk tetap (PR) serta seorang lagi berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan. Dalam operasi…