PH kekal prinsip parti penyandang kerusi calon bertanding PRK

PH kekal prinsip parti penyandang kerusi calon bertanding PRK

RAFIZI Ramli berucap pada Ceramah Madani Rakyat di Persiaran Balik Buluh, Klebang, Melaka malam tadi.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA:  Pakatan Harapan (PH) masih mengekalkan prinsip iaitu mana-mana parti  dalam Kerajaan Perpaduan selaku penyandang kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kekal bertanding jika berlaku pilihan raya kecil (PRK).

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, mekanisme itu digunakan pakai dalam beberapa siri PRK yang telah diadakan sebelum ini.

Menurutnya, bagi PRK Ayer Kuning calon dari UMNO akan bertanding di situ dan parti komponen perlu akur dengan mekanisme tersebut walaupun masih belum ada perbincangan rasmi diadakan setakat ini.

“Kita terus kekal dengan mekanisme yang telah dipersetujui dalam Kerajaan Perpaduan, kalau ada PRK parti yang menang dengan keputusan baik maka merekalah yang akan bertanding di situ.

“Jadi bagi PRK Ayer Kuning nanti, UMNO akan menentukan calon yang akan bertanding dan kita tidak akan campur tangan dalam menentukan siapa calon yang akan dipilih cuma yang penting kita akan turun membantu kempen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ceramah Madani Rakyat di Persiaran Balik Buluh, Klebang di sini malam tadi.

Rafizi berkata, mekanisme tersebut dilihat dapat memudahkan persiapan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan sementara menanti keputusan rasmi yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh PRK diadakan nanti..

“Selepas UMNO memilih calon yang layak dan mereka akan mengetuai kempen pilihan raya manakala kita akan turun mendukung membantu memenangkan calon yang bertanding,” ujarnya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, Sabtu lalu akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 dalam pertembungan lima penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN