PARLIMEN: Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam kekal di bawah KPM - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam kekal di bawah KPM

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam kekal di bawah  Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tiada sebarang keputusan yang dimuktamadkan kerajaan berhubung pengambilalihan dua institusi pengajian itu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Oleh itu, kata beliau, Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam akan terus dikendalikan oleh KPM.

“Setakat ini, tiada apa-apa rancangan atau keputusan yang dimuktamadkan, justeru pada masa kini Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam masih kekal bersama KPM,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan  Zakri Hassan (PN-Kangar) sama ada Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam yang menjadi institusi penting lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diletakkan di bawah KPT.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, KPM tidak mempunyai rancangan untuk meningkatkan jumlah subjek bagi pengambilan SPM secara ulangan.

Jelasnya, sehingga kini ia dihadkan kepada tiga mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Malah, beliau berkata, calon SPM secara ulangan sejak 2009 juga dibenarkan untuk membuat permohonan kepada KPM bagi sijil ‘patching’ (tampal) dengan memaparkan keputusan terbaik bagi tiga mata pelajaran berkenaan.

“Ia adalah sebagai motivasi kepada calon kita untuk memperbaiki keputusan SPM masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya