PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjaya melepasi ambang 90 pemilikan pemilikan dalam FGV Holdings Berhad (FGV), berikutan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syaratnya, sekali gis membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Felda menerima penerimaan yang sah untuk semua baki saham biasa dalam FGV memperoleh saham tawaran mencapai 91.73 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV setakat 5 petang 29 Julai.
Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Securities.
FGV berkata, Felda bersama pihak yang bertindak secara sepakat (PACs) kini memegang sebanyak 3.35 bilion saham atau 91.73 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV setakat pukul 5 petang kelmarin.
“Sebelum ini Felda telah menyatakan ia tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV.
“Bursa Securities akan menggantung dagangan saham FGV lima hari pasaran selepas tarikh akhir tawaran tersebut,” katanya.
Felda dijangka mengambil langkah-langkah susulan untuk menarik balik penyenaraian FGV dan menjadikannya entiti milik penuh.
Tawaran tunai Felda sebanyak RM1.30 sesaham masih terbuka untuk diterima sehingga jam 5 petang pada hari Jumaat, 15 0gos 2025.
FGV yang mula disenaraikan pada 2012 pada harga RM4.55 sesaham berjaya meraih RM10.5 bilion dalam satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Malaysia. Bagaimanapun, sejak itu, harga sahamnya merosot dengan ketara.
Makluman rasmi itu diterima menerusi notis akhbar oleh Maybank Investment Bank Bhd, yang bertindak sebagai penasihat bagi pihak Felda. – UTUSAN











