PARLIMEN: KKM digesa segera umum keputusan lantikan tetap pegawai perubatan

PARLIMEN: KKM digesa segera umum keputusan lantikan tetap pegawai perubatan

SUHAIZAN KAIAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa segera mengumumkan keputusan lantikan tetap bagi pegawai perubatan yang sudah lama berkhidmat, selain mendedahkan sistem pemarkahan kepada umum.

Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkata, ketidakpastian mengenai lantikan tetap itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi mengelak doktor ‘muda’ hilang motivasi dan meninggalkan sektor perkhidmatan awam.

“Mengapa masih begitu lambat? Adakah ada sesuatu yang ingin disorokkan? Jika tiada, maka dedahkan lah sistem pemarkahan ini supaya setiap pegawai perubatan boleh memahami bagaimana mereka dinilai.

“Ketelusan ini penting untuk menggalakkan sebarang syak wasangka dan memastikan keadilan dalam proses pemilihan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, KKM perlu menyediakan papan kemuka tenaga manusia yang telus dan boleh diakses supaya setiap penempatan pegawai perubatan dibuat secara adil berasaskan keperluan, bukan keputusan tertutup.

“Selain itu, proses pertukaran dan penempatan perlu lebih cekap serta mesra pegawai, bukan dipenuhi birokrasi yang tidak perlu. KKM juga mesti lebih agresif dalam mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah jawatan tetap.

“Ini supaya doktor tidak terus terperangkap dalam sistem kontrak yang merugikan negara,” jelasnya.

Beliau turut menggesa kementerian berkenaan mengkaji semula elaun kerja luar agar ia lebih adil dan bayaran elaun tugas atas panggilan atau on-call diberikan kepada semua pegawai yang bertugas.

“Namun, masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh KKM sahaja, bukan sahaja Menteri Kesihatan tetapi JPA perlu memainkan peranan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya