PARLIMEN: Ini Akta Rampas Rumah, Syed Saddiq bidas kerajaan

PARLIMEN: Ini Akta Rampas Rumah, Syed Saddiq bidas kerajaan

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ini adalah pengkhianatan terbesar pada golongan susah yang tinggal di kawasan bandar. Saya tak nak undang-undang ini dipanggil (sebagai) Akta Pembaharuan Semula Bandar, saya rasa lebih tepat Akta Rampas Rumah”.

Demikian pendirian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berhubung usaha kerajaan terhadap penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar.

“Sebelum ini, jika pihak pemaju (atau) syarikat swasta ingin ambil alih secara paksa mana-mana PPR, flat (atau) kawasan terbiar, mereka perlu berunding dengan setiap satu pemilik (kediaman).

“Tetapi dengan adanya akta ini, kerajaan sekaligus telahpun menurunkan nilai ambang persetujuan daripada 100 peratus kepada 80 peratus. Maksudnya, jika golongan majoriti bersetuju (maka) golongan minoriti akan terseksa kerana rumah mereka dirampas oleh golongan mahakaya,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, majoriti yang menduduki Program Perumahan Rakyat (PPR) dan flat adalah golongan susah, kumpulan B40 dan M40 yang kebanyakkan penduduknya merupakan terdiri dari kaum Melayu serta India.

Beliau mendakwa kerajaan lebih mengutamakan pemaju daripada rakyat susah menerusi undang-undang tersebut.

“Perangai apa ini? Bayangkan apabila mereka (kerajaan) berada di kerusi pembangkang, mereka bermati-matian mempertahankan golongan susah, Melayu di kawasan bandar (dan) di Kuala Lumpur.

“Masa itu pemaju perlu ada persetujuan 100 peratus tetapi kini mereka pula yang turunkan kepada 80 peratus. Saya tidak boleh bayang bagaimana mereka nak menyembunyikan muka dan prinsip mereka kerana realitinya mereka usir (orang susah),” katanya.

Katanya, pemaju yang mengambil alih mana-mana flat berkemungkinan akan membina ia semula sebagai kondominium mewah dan akan diduduki oleh golongan kaya dan warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN