Lebih 100 anjing liar ancam penduduk

Lebih 100 anjing liar ancam penduduk

SEKUMPULAN anjing liar di sekitar Pantai Benting Lintang, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Peningkatan mendadak bilangan anjing liar di Kampung Benting Lintang di sini menimbulkan kebimbangan lebih 2,000 penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­­bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Benting Lintang, Abd. Wahab Ab. Rahman berkata, masalah itu semakin ketara sejak tahun lalu dan kini jumlah kehadiran anjing liar meningkat lebih 100 ekor.

“Anjing ini berkeliaran di sekitar rumah dan kedai makan penduduk yang menimbulkan kebimbangan keselamatan orang ramai terutama kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, kawanan anjing liar turut berkeliaran di kawasan Pantai Benting Lintang yang menjadi tempat tarikan di kampung tersebut.

“Isu masalah anjing liar ini telah diutarakan kepada pihak berkaitan dan kita banyak menerima aduan daripada penduduk kampung.

Penduduk perlu mengambil tindakan menghalau sendiri haiwan tersebut apabila anjing-anjing ini berkeliaran di sekitar rumah mereka,” katanya.

Abd. Rahman berkata, kebimbangan turut diluahkan ibu bapa berhubung keselamatan anak-anak yang pulang dari sekolah dan daripada penternak yang mana haiwan ternakan mereka diserang anjing itu.

“Saya berharap isu ini mendapat perhatian pihak berwajib dan boleh diwujudkan kerjasama daripada pihak penguat kuasa tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu menyelesaikanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya