Kerajaan Pusat lulus pembinaan Jambatan Rong Chenak

Kerajaan Pusat lulus pembinaan Jambatan Rong Chenak

KAKITANGAN Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan bersama penduduk kampung meninjau keadaan jambatan yang runtuh akibat banjir di Kampung Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sehingga RM20 juta untuk kerja-kerja pembinaan semula Jambatan Rong Chenok, Pasir Mas, dekat sini yang runtuh selepas dihanyutkan arus deras banjir, hujung November tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kelulusan itu memberi kelegaan kepada penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada jambatan tersebut dalam melaksanakan urusan harian.

“Insya-Allah pembinaan projek ini akan disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyegerakan bantuan kepada Kelantan hasil pertemuan dengan Menteri Besar (Datuk Mohd. Nassuruddin Daud) sebelum ini,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, reka bentuk Jambatan Rong Chenok di sini, yang runtuh dibadai arus deras hujung November tahun lalu mengambil kira semua aspek semula jadi termasuk aliran dan paras air sungai di kawasan itu pada tahun-tahun terdahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN