ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan melawan naratif negatif bahawa pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mahu memastikan rakyat dan syarikat tempatan terlibat dalam pembangunan ekonomi yang diwujudkan menerusi inisiatif tersebut. Beliau berkata, Johor kini memberi fokus terhadap usaha pembangunan bakat tempatan dan meningkatkan kemahiran kerja bagi menjamin peluang masa depan lebih baik dan berpendapatan tinggi.…









