PETALING JAYA: Jangka hayat jalan raya di Malaysia sepatutnya mampu bertahan selama 20 tahun namun kebanyakannya mengalami kerosakan lebih cepat, sehingga memerlukan penurapan semula dalam tempoh hanya 10 tahun. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, pelbagai faktor menjadi punca kerosakan jalan antaranya air yang memainkan peranan sebagai agen utama pengancam struktur jalan dan tanah. “Air meresap ke dalam lapisan melalui…