HULU TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengesan kewujudan dua spesies ikan pendatang di negeri ini melibatkan Sungai Terengganu, dan Tasik Telabak, Besut. Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung ikan pemangsa tersebut iaitu baung ekor merah dan ikan raja bandar daripada pemancing setempat sejak Januari tahun lalu. “Beberapa kes ikan baung ekor merah dikesan di Sungai Terengganu, Hulu Terengganu. Selain itu, terdapat laporan wujudnya ikan tersebut dan ikan raja…










