Misi Pas Selangor menang PRU

Misi Pas Selangor menang PRU

AB HALIM TAMURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas Selangor bersama Perikatan Nasional (PN) meneruskan misi untuk memastikan kemenangan di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Parti itu berpendirian tidak mahu terganggu dengan tekanan di peringkat pusat dan negeri lain termasuk isu pemecatan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab Halim Tamuri berkata, parti itu tidak mahu campur tangan dalam kon­flik Bersatu walaupun berada dalam PN. “Di peringkat Pas, kami ‘ok’, tiada sebarang polemik. Kita ambil pendirian tidak campur tangan apa berlaku dalam Bersatu walaupun kami bersama-sama dalam PN.

“Kita patuh kepada kepemimpinan dan isu berlaku di peringkat pusat atau negeri-negeri lain tidak mencetuskan konflik di Selangor. Di Selangor kita jalan terus membina kekuatan dalam PN untuk menghadapi PRU Ke-16 nanti,” katanya.

‘Merampas’ Selangor sasaran utama Pas bersama PN dengan menyatakan kepada penduduk bahawa parti itu mampu merangka dan melaksanakan dasar yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu memaklumkan, sedia memikul tanggungjawab menandingi lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Dari segi PN, memang kita sasar untuk bertanding di ke­seluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 22 Parlimen.

“Dari segi latar belakang kerusi, seperti yang ada pada Pas adalah bercampur. Contoh separa bandar atau pinggir bandar seperti di Meru, Kapar (Sementa) dan sebagainya. Ia juga dianggap sebagai urban area apabila terletak di Klang.

“Kita bersedia, kalau di­arah­kan bertanding di mana­-mana. Kalau bukan Pas, mungkin dengan rakan komponen se­perti Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP), kita sedia bergerak meraih sokongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN