PARLIMEN: Draf RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Draf RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri dalam proses memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beberapa proses perlu dilaksanakan dalam membangunkan draf RUU Tahanan Rumah sebelum ia dapat dimuktamadkan dan dibentangkan di Parlimen.

Kata beliau, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan merangkumi pelbagai pihak dan Jawatankuasa Pilihan Khas, semakan perundangan oleh Penasihat Undang-Undang Kementerian dan Jabatan Peguam Negara serta kelulusan Jemaah Menteri.

Namun, jelasnya, RUU Tahanan Rumah itu dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

“Pada masa ini, Kementerian Dalam dalam proses memperhalusi draf RUU tersebut melalui beberapa siri bengkel dan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan segala input dan pandangan diambil kira dalam penyediaan draf RUU Tahanan Rumah tersebut.

“Berdasarkan kepada sesi bengkel dan libat urus yang dilaksanakan, fokus KDN dalam penggubalan rang undang-undang tahanan rumah ini akan menjurus kepada penyelesaian isu kesesakan penjara disebabkan oleh tahanan reman,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang memintanya menyatakan status penggubalan RUU penahanan di rumah sebagai hukuman alternatif bagi kesalahan tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya