PETALING JAYA: Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sedikit seiring dengan pasaran ekuiti utama dunia lain, dipengaruhi pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menangguhkan kenaikan tarif ke atas Mexico dan Kanada selama sebulan lagi. Pada pukul 5 petang semalam, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.93 mata kepada 1,564.56 berbanding 1,553.63 pada penutupan kelmarin. Indeks tersebut dibuka lebih tinggi sebanyak 3.04 mata pada 1,557.03. Penganalisis ekonomi…










