KOTA TINGGI: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan kira-kira 70 buah rumah di Kampung Baru Sungai Mas, Taman Desaru Utama dan Taman Penawar Harmoni di sini dinaiki air, awal pagi ini. Setakat ini, dua penempatan sementara dibuka, namun belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan, semua penduduk terjejas di tiga kawasan berkenaan dipindahkan sementara sehingga air surut. “PPS belum diaktifkan, namun dua dewan iaitu…










