Ayam Gepuk Pak Gembus terima pengiktirafan MBOR

Ayam Gepuk Pak Gembus terima pengiktirafan MBOR

MOHD na'im (tengah) ketika menghadiri Majlis pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) kepada Ayam Gepuk Pak Gembus semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia (AGPGM) menerima lima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Zulkarnain Mohd Yusof berkata, pencapaian itu termasuk jenama ayam gepuk pertama di Malaysia dan diperakui halal, rangkaian makanan ayam gepuk terbesar, nilai jualan tertinggi ayam gepuk dalam setahun dan jumlah ayam gepuk terjual terbanyak dalam setahun.

“Penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri. Ia bukan sekadar simbol kejayaan malah penghargaan kepada setiap titik peluh demi memastikan jenama ini terus maju.

“Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa rakan niaga, pembekal dan pelanggan yang telah bersama-sama menyokong kami sejak awal,” katanya ketika Majlis Penyampaian Anugerah The Malaysia Book of Records AGPGM semalam

Majlis itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.

Zulkarnain berkata, pengiktirafan itu membuktikan kepada pelanggan bahawa piawaian terbaik dan halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan makanan.

“Pensijilan halal diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.”

“Dengan adanya pensijilan halal, jenama AGPGM bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN