17 sekolah baharu mula beroperasi tahun ini

17 sekolah baharu mula beroperasi tahun ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17 sekolah baharu dijangka mula beroperasi pada tahun ini bagi meningkatkan akses pendidikan dan menangani isu sekolah padat di kawasan bandar.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, ia melibatkan sebanyak lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan jumlah sekolah yang beroperasi dapat meningkatkan akses pendidikan sekali gus membantu menangani isu sekolah padat yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar.

“Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid walau di mana juga mereka berada,” kata kementerian itu dalam kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN