Dua sungai di Kelantan lepasi paras amaran

Dua sungai di Kelantan lepasi paras amaran

ANGGOTA APM Kelantan melakukan pemantauan paras air banjir di Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat di beberapa kawasan hulu negeri ini menyaksikan dua batang sungai sudah melepasi paras amaran.

Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my setakat pukul 5.30 petang dua sungai itu ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Sokor, Tanah Merah.

Sungai utama lain seperti, Sungai Galas (Kampung Lembaga, Gua Musang), Sungai Lebir, Kuala Koh (Gua Musang), Sungai Galas (Kuala Krai), Sungai Lebir di Kampung Tulang (Kuala Krai) Sungai Temangan (Machang) dan Sungai Kelantan, Kusial (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) sudah melepasi paras waspada.

Sementara itu Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mohd. Farid Ishak berkata, pihaknya bersama agensi keselamatan serta penyelamat sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berisiko di landa banjir susulan peningkatan paras air sungai ketika ini.

Katanya, ia bagi memudahkan kerja-kerja menyelamatkan dilakukan sekiranya paras air naik secara mendadak.

“Nasihat saya kepada penduduk di kawasan rendah supaya keluar awal jika paras air naik secara mendadak dengan membawa dokumen penting.

“Barangan berharga yang lain, penduduk boleh menyimpannya di tempat tinggi bagi mengelakkan ditenggelami banjir,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN