Istana Selangor serah terus aduan kebersihan kepada pihak berkuasa

Istana Selangor serah terus aduan kebersihan kepada pihak berkuasa

Kebersihan
NG Suee Lim dan Ramli Mohd. Tahir memantau Op Terjah pembersihan awam yang dilakukan dekat lorong belakang kedai dekat Jalan Kristal, Seksyen 7, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pejabat Sultan Selangor, dilapor menyalurkan terus maklumat berkaitan isu kebersihan negeri ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga anak syarikat, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, aduan-aduan turut diterima oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian disalurkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan.

Katanya, susulan maklumat tersebut kerajaan negeri mengadakan dua mesyuarat yang salah satunya memanggil kesemua 12 PBT seluruh negeri bersama KDEBWM, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

“Kita menjunjung kasih dan menjadikan teguran itu sebagai suntikan kepada pihak berkuasa untuk memastikan kebersihan lebih terjaga.

“Kita bincang (dalam mesyuarat) tentang masalah yang dihadapi sebab masih lagi tidak dapat (menyelesaikan sepenuhnya) sebab kita akur, isu kebersihan merupakan cabaran besar. Namun, kita lakukan penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya ketika ditemui pada Operasi (Op) Terjah pembersihan awam, har ini.

Jelasnya, penyelesaian jangka pendek merangkumi penyelesaian isu-isu pembersihan awam segera seperti dilakukan dalam Op Terjah hari ini, serta memastikan pelaksanaan projek sisa kepada tenaga (WTE) seperti di Jeram, Kuala Selangor yang dijangka siap pada Mac depan.

“Dengan WTE, kita dapat menjimatkan masa operasi lori-lori kompaktor bagi pelupusan sampah berbanding di tapak konvensional atau landfil yang membolehkan kerja kutipan dilakukan lebih kerap atau mengikut jadual,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, pihaknya turut menguruskan dan mengenal pasti sekurang-kurangnya 3,000 aduan yang diterima di peringkat command centre.

“Setiap aduan dalam standard kita, akan dipastikan ia diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Kita rekod dan tunjukkan remedy dengan tindakan diambil bagi memastikan aduan ditutup.

“Kita perlu melaksanakan standard itu sebab semua kerja akan diaudit termasuk Jabatan Audit Negara, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.. Kita cuba jadi setelus yang mungkin,” ujarnya.

Minggu lalu, Sultan Selangor dilapor menegur tahap kebersihan di negeri ini berdasarkan aduan-aduan yang turut diterima baginda dan menitahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN